Monday, 3 April 2017

APA ITU SOFTBALL??

§Softball adalah olahraga bola beregu yang terdiri atas dua team. Permainan softball lahir di Amerika Syarikat, diciptakan oleh George Hancock di bandar Chicago pada tahun 1887. Softball merupakan perkembangan dari sukan sejenis iaitu besbol (baseball) atau hardball.

§Dalam softball, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet.

SEJARAH SOFTBALL

Pada mulanya pemukul menggunakan sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. 

Disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball

Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat memainkan.

Di negara lain sofbal juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua mahupun muda.

JENIS PERMAINAN SOFTBOL

Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa.

Fast pitch softball
Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball.Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi sarung tangan.

Modified pitch softball
Jenis ini dikenali dengan nama modball.Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola diatasi dengan putaran lengan melebihi bahu. 

Slow pitch softball
Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball)

Sunday, 26 March 2017

CARA BERMAIN

CARA MEMATIKAN DAN TUKAR TEMPAT

Cara mematikan dapat dilakukan dengan cara ditick sebelum pelari mengenai base. Pada waktu men-tick bola tidak boleh dilepaskan atau terlepas dari tangan.

PEMAIN DIKATAKAN MATI APABILA 

·Pemain pemukul tidak dapat memukul bola sebanyak tiga kali, dan cachter dapat menangkap bola yang dilempar Pitcher sebelum bola jatuh maka pemukul dinyatakan mati.
·Catch ball/Fly Out terjadi apabila bola yang dipukul dapat ditangkap oleh regu penjaga sebalum bola menyentuh tanah, jika terjadi Fly Out maka pelari tidak bolah berlari ke base salanjutnya dan apabila berlari maka dinyatakan Out.
·Dapat ditick apabila tidak menginjak Base.

STRIKE
Dalam permainan softball, strike dikira apabila:
·Saat dipukul, bola kena atau tidak kena
·Lemparan baik, walaupun bola tidak dipukul
·Bola yang dipukul meleset keluar, bila pukulan yang meleset itu melambung dan ditangkap oleh si penjaga, maka pemukul itu terus mati.

LARI BEBAS(FREE WALK)

Lari bebas diberikan apabila:
·Pitcher melemparkan bola 4 kali salah
·Si pemukul dihalang-halangi pada waktu semasa menuju base
·Bila semua base penuh, tetapi si pemukul tidak memukul pada bola keempat kerana pitcher melemparkan bola salah


MEMUKUL (BATTING)
oTiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat batter mati “Strike Out”. apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan sebagai free walk
o Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh penjaga base pertama.
oJika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama menangkap bola maka batter “safe”. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter “out”.

PENJAGA (FIELD) 
vBahagian dalam iaitu penjaga base pertama (first base), penjaga base kedua (second base), Penjaga antara base kedua dan ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (third base). Sedangkan penjaga luar terdapat di sebalah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder).
vSelain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4 penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder).
vSemua fielder (termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run hanya dapat dilakukan dalam posisi menyerang.
PENANGKAP BOLA 
(CATCHER)
§Seorang catcher kadangkala adalah pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat seluruh situasi yang terjadi di depannya.
§Catcher menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasan lutut ke bawah.
§Dalam pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. 
§Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat untuk bekerjasama mematikan seorang batter. 
MELEMPAR BOLA 
(PITCHING)
qJika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka pengadil akan berteriak “strike”. Manakala bola keluar dari zon strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan berteriak “ball”.
qKehebatan seorang pitcher adalah melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.
qPosisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut batter.
qZon strike adalah zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk memukul bola walaupun bola berada di zon pukulnya.
ØSofball dimainkan oleh dua pasukan di padang softball. Setiap pasukan minima memiliki 9 pemain dan selebihnya merupakan simpanan(reserve)
ØPermainan terdiri dari 9 babak yang disebut inning. Di dalam satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run.
Ø Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul.

ØPasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul